Ceria Selalu

Monday, October 24, 2005

Mencari Lailatul Qadar

Alhamdulillah, aku masih diberi kesempatan oleh Allah Taala berpuasa sehingga kehari ini dan kini berada dihari sepuluh terakhir Bulan Ramadhan. Inilah masa yang amat disuruh oleh Rasulullah s.a.w supaya melipat gandakan amal ibadat terutama dimalam hari untuk mencari malam Lailatul Qadar yang mana ianya terlebih baik dari seribu bulan (bersamaan 83 tahun 4 bulan). Keistimewaan malam Lailatul Qadar diceritakan sendiri oleh Allah Taala di dalam Al-Quran surah Al-Qadar dimana Allah berfirman "Sesungguhnya Aku (Allah) telah menurunkan Al-Quran di malam Al-Qadar. Apakah kamu tahu apa itu malam Al-Qadar? Malam Al-Qadar itu terlebih baik dari seribu bulan".

Diceritakan, Rasulullah s.a.w akan beriktikaf di masjid pada malam-malam 10 terakhir bulan Ramadhan dan menyuruh isteri serta anak-anak baginda supaya menghidupkan malam-malam tersebut dengan amal ibadat.

Pernah Syaiditina Aisyah bertanya kepada Rasulullah, amal ibadat apa yang patut dilakukan apabila terlihat Malam Lailatul Qadar. Rasululllah s.a.w menyuruh supaya berdoa " Wahai Tuhan Maha Pengampun, ampunilah aku".

Semoga Ramadhan tahun ini lebih baik dari tahun-tahun yang lalu, itulah harapan aku.

Wednesday, October 05, 2005

Ramadhan Kembali Lagi...

Alhamdulillah, syukur kehadrat Ilahi kerana masih memanjangkan usiaku, sehingga dapat lagi menemui Ramadhan tahun ini. Begitu cepat masa berlalu, rasanya baru sahaja menyambut Ramadhan tahun lepas ..kini Ramadhan menjelma lagi. Memang bulan ini adalah sangat aku tunggu-tunggu, bulan mulia lagi diberkati. Bulan difardhukan umat Islam menunaikan ibadat puasa dan digalakkan menunaikan ibadat sunat yang lain terutama solat sunat tarawikh, bersededah, membaca Al-Quran, bersedekah dan lain-lain ibadat, kerana Allah mengurniakan pahala yang berlipat ganda kepada orang yang melakukan ibadat di bulan ini.


Ramadhan adalah kurniaan yang paling berharga daripada Allah kepada umat Islam. Kemuliaannya memenuhi ruang mayapada dan mengisi setiap relung hati insan yang beriman. Hikmahnya menaburkan benih-benih kesabaran dan ketaqwaan serta melahirkan jiwa yang damai. Jika setiap orang memahami hikmah bulan mulia ini, maka mereka akan berharap seluruh tahun itu menjadi bulan Ramadhan.

Setiap insan merindui kedatangan Ramadhan yang mubarak untuk membakar segala dosa dan nista. Beribadah pada bulan yang mulia ini memiliki pahala yang luas dan mengandungi limpahan rahmat daripada-Nya. Di dalamnya juga tersimpan malam yang paling berharga (Malam Lailatul Qadar) melebihi kemuliaan amalan seribu bulan serta memperoleh berkah dalam segenap kehidupan.

Antara kelebihan bulan Ramadhan sebagaimana sabdaan Nabi Muhammad s.a.w. adalah seperti berikut:


Hadith 1

Abu Hurairah ra. meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda: "Umatku telah dikurniakan dengan lima perkara yang istimewa yang belum pernah diberikan kepada sesiapa pun sebelum mereka. Bau mulut daripada seorang Islam yang berpuasa adalah terlebih harum di sisi Allah daripada bau haruman kasturi. Ikan-ikan di lautan memohon istighfar (keampunan) ke atas mereka sehinggalah mereka berbuka puasa".
Allah mempersiapkan serta menghiasi jannah yang khas setiap hari dan kemudian berfirman kepadanya: "Masanya telah hampir tiba bilamana hamba-hambaKu yang taat akan meninggalkan segala halangan-halangan yang besar (di dunia) dan akan mendatangimu."
Pada bulan ini syaitan-syaitan yang durjana dirantaikan supaya tidak menggoda mereka ke arah maksiat-maksiat yang biasa mereka lakukan pada bulan-bulan selain Ramadhan. Pada malam terakhir Ramadhan (orang-orang yang berpuasa ini) akan diampunkan." Maka sahabat-sahabat Rasulullah SAW pun bertanya: "Wahai Pesuruh Allah, adakah itu malam lailatul Qadar?" Dijawab oleh Rasulullah SAW: "Tidak, tetapi selayaknya seorang yang beramal itu diberi balasan setelah menyempurnakan tugasnya."

Hadith 2

Ubadah Bin Somit ra. meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda pada suatu hari ketika Ramadhan hampir menjelang: "Telah datang kepadamu bulan Ramadhan, di mana Allah melimpah ruahkan di dalamnya dengan keberkatan, menurunkan rahmat, mengampuni dosa-dosa kamu, memakbulkan doa-doa kamu, melihat di atas perlumbaan kamu untuk memperolehi kebaikan yang besar dan berbangga mengenaimu di hadapan malaikat-malaikat. Maka tunjukkanlah kepada Allah Taala kebaikan dari kamu. Sesungguhnya orang yang bernasib malang ialah dia yang dinafikan daripada rahmat Allah pada bulan ini."

Hadith 3

Abu Sa'id Al Khudri ra. meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda: "Setiap hari siang dan malam pada bulan Ramadhan, Allah Tabaraka wa Taala membebaskan begitu banyak sekali roh daripada api neraka. Dan pada setiap orang Islam pada setiap hari siang dan malam doanya pasti akan diterima."

Hadith 4

Abu Hurairah ra. meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda: "Terdapat tiga jenis orang yang doa mereka tidak ditolak; doa daripada orang yang berpuasa sehinggalah dia berbuka puasa; imam (penguasa) yang adil, dan orang yang dizalimi yang kerana doanya itu Allah mengangkatnya melepasi awan dan membuka untuknya pintu-pintu langit dan Allah berfirman: "Daku bersumpah demi kemuliaanKu, sesungguhnya Daku pasti menolongmu walaupun pada suatu masa nanti."

Hadith 5

Ibn Umar ra. meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda: "Sesungguhnya Allah dan para malaikatNya mengirim rahmat ke atas mereka yang memakan sahur."

Hadith 6

Abu Hurairah ra. meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda: "Barangsiapa berbuka satu hari di siang hari bulan Ramadhan tanpa alasan yang wajar (disegi syariah) atau sakit yang kuat, tidak akan dapat menampung atau mengganti hari tersebut walaupun akan berpuasa sehingga ke akhir hayatnya."

Aku mengambil kesempatan disini mengucapkan selamat menyambut kedatangan bulan Ramadhan kepada semua yang membaca blog aku ini. Semoga Ramadhan yang kita lalui pada tahun ini lebih baik daripada Ramadhan tahun lalu. Aku memohon ampun dan maaf sekiranya ada salah dan silap aku. Semoga kehidupan kita diredhai Allah Taala.

Saturday, September 24, 2005

Jika wanita menagis..

Aku pernah ditanya seorang kawan, "Apa yang harus aku lakukan sekiranya seorang wanita menagis dihadapan kita?"
Untuk menjawab soalan itu..aku sediakan jawapan seperti berikut:-

"If a gal cries in front of you,
it means that she couldn't take it anymore.
If you took her hand,
she would stay with you for the rest of your life;
If you let her go, she couldn't go back to being
herself anymore.
A gal won't cry easily,
except in front of the person who she love the most,
she becomes weak.
A gal won't cry easily,
only when she love you the most,
she put down her ego.
Guys, if a gal cried bcoz of you,
please hold her hands firmly,
she's the one who would stay with you for the rest
of your life.
Guys, if a gal cried bcoz of you,
please don't give her up,
maybe bcoz of your decision,
you ruin her life.
To my friends...
Ponder this message seriously.
Don't do this to a gal,
You may regret for the rest of your life.
Maybe in your life,
she's the only one that love you the most.
Remember this lesson."

Tuesday, September 13, 2005

Aduhai..isteriku

Mutiara paling beharga buat seorang suami adalah memiliki isteri ...

  • Isteri yang sentiasa menjaga kebersihan, kesihatan, dan kesempurnaan dirinya, rumahtangga serta anak-anak .
  • Isteri yang sentiasa mencintai dan menghormati keluarga suaminya seperti mana ia menghomati dan menyayangi keluarganya sendiri.
  • Isteri yang sentiasa menjaga aurat dari pandangan yang bukan mahramnya dan pandangan matanya sendiri .
  • Tidak membenarkan lelaki yang bukan mahram memasuki rumahnya ketika ketiadaan suami .
  • Isteri sedia menjadikan suaminya sebagai ketua dalam rumah tangga mereka. Ini kerana sifat semuajadi yang telah Allah anugerahkan kepada kaum lelaki.
  • Isteri sedia memberikan kesetiaan, ketaatan dan kepatuhan kepada suaminya selagi suruhan suaminya tidak bertentangan dengan perintah agama.
  • Isteri sedia memberikan layanan kasih sayang dan sehingga membuatkan suami merasakan rumah tangganya itu adalah tempat untuk mendapatkan ketenangan dan kebahagian dari sebarang masalah kerja.
  • Isteri yang sentiasa menjaga rahsia dan maruah suaminya begitu juga dengan maruahnya sendiri ketika ketiadaan suaminya .
  • Isteri mestilah memohon keizinan suaminya untuk keluar dari rumah atau mengerjakan puasa sunat.
  • Isteri mestilah bijak menguruskan harta suami dalam berbelanja dengan kadar yang sederhana serta tidak membazir cara ini dapat menyelamatkan suami dari masalah kewangan .
  • Isteri yang sedia menerima pemberian suami dengan penuh keikhlasan dan kerelaan.
    Isteri yang tidak meminta sesuatu yang suami tidak mampu untuk menunaikannya
    Isteri yang sentiasa bersyukur dan tenang sama ada menerima nikmat atau dugaan dari Allah.
  • Sedia melaksanakan tugas dan tanggungjawab sebagai seorang isteri dan ibu serta perintah Allah dengan tabah dan sabar.
  • Berdiam diri sambil mendengar bila suaminya sedang bercakap.
  • Isteri yang sedia melayani dan memenuhi kehendak batiniah suami bila di perlukan.
  • Isteri yang sentiasa menghias diri bila di hadapan suami dan sebaliknya pula bila ketiadaan suaminya.
  • Isteri yang sentiasa mendahulukan keperluannya suami dari keperluannya sendiri .
  • Isteri yang sentiasa bersikap malu terhadap suaminya.bersopan santun dalam perkataan dan juga perbuataannya .
  • Isteri yang menemani suaminya ke muka pintu bila ia hendak keluar dan menyambutnya dengan senyuman bila ia pulang .

Sunday, September 11, 2005

Rahsia Mengekalkan Kesihatan

Aku dah berumur 45 tahun lebih. Dah tua tu. Dulu waktu pertandingan badminton, aku masuk kumpulan senior dan veteran (40 tahun keatas). Now boleh masuk kategori lebih tinggi... senior veteran (45 tahun keatas). Waktu bersukan, tak ingat dunia. Main cam orang muda, cam zaman 20an. Tapi sejak kebelakangan ini terasa letih sikit. Maksimum 3 games. Kalau lebih sikit, mulalah terjelir lidah dan mintak tolong partner cover (biasa main double). Tapi, alhamdulillah syurkur kepada Allah, aku dianugerahkan kesihatan,tenaga yang masih kuat, rambut masih hitam dan lebat serta tidak boroiiii!! Aku tengok rakan-rakan yang sebaya dengan aku, kepala dah memutih, rambut dah mula jarang (ada tu berkilat dah) , perut cam orang bunting anak kembar dan penyakit dah mula menyerang. Ramai yang tanya aku..apa rahsia aku. Aku memang tidak lokek ilmu... lantas aku pun citerlah kepada mereka apa yang aku amalkan:-

1. Sebelum pergi solat subuh, minum madu lebah (sesudu teh dicampur ngan segelas air).

2. Minum Air Kosong ( org kampung aku panggil air mati) lebih dari 7 gelas sehari.

3. Makan suplement food (now aku makan AGEL EXO..dulu makan spirulina. Agel EXO sangat berkesan, memberi tenaga dan menguatkan daya tahan penyakit. Sesiapa yang nak cuba rasa, insyaAllah aku boleh bagi percuma).

4. Tidur misti cukup (kalau tidur lewat, pastikan siang tido sekejap).

5. Bersukan, keluarkan peluh ( sekurang-kurang 3 kali seminggu dan sekurang-kurang 30 minit setiap kali riadah.. aku suka sukan badminton kerana permainan yang cepat berpeluh, guna pemikiran dan skill dengan aktif. Member-member ajak main golf, tapi rasanya belum mampu..)

6. Keterampilan kena jaga (pakaian kemas, rambut sentiasa pendek(style ala Polis) dan bersikat rapi, janggut dan misai dicukur setiap pagi, berjalan dengan gaya lelaki muda (bukan cam orang patah pinggang)

7. Jaga pemakanan (tidak minum minuman memabukkan dan makanan haram, tidak merokok, banyakkan makan buah-buahan dan sayuran. Semasa makan tidak minum air dan elakkan minum minuman bergas /ais).

8. Berfikiran tenang dan ceria (senyum) walaupun ketika berhadapan dengan masalah. Selalu ingat bahawa tidak ada masalah yang tak boleh diselesaikan dan sentiasa membuat sesuatu perkara dengan iman dan akal yang waras, bukan mengikut perasaan.

9. Sentiasa berdoa kepada Allah supaya sentiasa dianugerahkan keafiatan, kesejahteraan dan memperolehi ilmu yang bermanfaat.

10. Tidak meninggalkan solat serta banyak bersedekah.


Itulah 10 perkara yang aku amalkan setiap hari. Apa pun aku yakin dengan seyakin-yakinnya bahawa segala-galanya itu adalah anugerah daripada Allah Taala. Kita cuma berusaha, hanya Allah sahaja yang menentukan..

Saturday, September 10, 2005

Penantian




Kumpulan Harmoni (Zubir Ali)

Penantian
Berapa lama mesti kunanti
Sinar cahaya matamu
Gemerlap bagai bintang
Menghiasi malam
Malam yang menutup diriku

Berapa lama perlu kutunggu
Lontaran suara dari bibirmu
Memecah hening taman
Taman syurgawi
Pada sebuah hati yang sepi

( korus )
Penantian suatu siksa
Yang tidak tertanggung
Oleh tubuhku yang kering dan layu
Kepastian suatu penawar
Dalam suka dan duka
Yang meniti hidupku

( ulang semua )

Doa Harian

Alhamdulillah, aku masih hidup lagi di hari ini. Malam tadi aku tidur agak lewat gak, kerana seronok mecipta personel blog ini. Pagi ini, sunyi jer kawasan kuarters tempat kediaman aku, maklumlah pagi Sabtu, tak kerja. Biasanya kalau hari kerja, jam 6.30 pagi dah memekak bunyi alarm kereta..tip!tup! sana-sini ..masing-masing sibuk nak ketempat kerja. Aku macam biasa, bangun dan terus kejutkan anak-anak. Masturah (anak ke dua) akan ke sekolah dan Ikhwan (anak keempat - bongsu !!) seperti biasa solat subuh di surau bersama aku(Anak pertama aku, Nadzirah study di Politeknik dan anak ketiga, Mohd.Hanif tinggal di asrama Sek.Men.Teknik). Lepas solat, sementara menunggu Masturah turun sempat gak aku ngan Ikhwan...ngaji Quran dan amalkan berberapa doa. Antara doa yang selalu jadi amalan aku setiap pagi ialah :

Kebaikan:

"Ya Tuhanku sesungguhnya aku sangat memerlukan sesuatu kebaikan yang Engkau turunkan kepadaku". (QS. 28:24)


Penyerahan diri, ampunan dan keselamatan

"Ya Tuhan kami, tiadalah Engkau menciptakan ini dengan sia-sia Maha Suci Engkau, maka peliharalah kami dari siksa neraka. Ya Tuhan kami, sesungguhnya barangsiapa yang Engkau masukkan ke dalam neraka, maka sungguh telah Engkau hinakan ia, dan tidak ada bagi orang-orang yang zalim seorang penolongpun. Ya Tuhan kami, sesungguhnya kami mendengar (seruan) yang menyeru kepada iman, (yaitu):"Berimanlah kamu kepada Tuhanmu"; maka kamipun beriman. Ya Tuhan kami, ampunilah bagi kami dosa-dosa kami dan hapuskanlah dari kami kesalahan-kesalahan kami, dan wafatkanlah kami beserta orang-orang yang berbakti. Ya Tuhan kami, berilah kami apa yang telah Engkau janjikan kepada kami dengan perantaraan rasul-rasul Engkau. Dan janganlah Engkau hinakan kami di hari kiamat. Sesungguhnya Engkau tidak menyalahi janji". (QS. 3:191-194)

Keturunan yang baik

"Ya Tuhanku, jadikanlah aku dan anak cucuku orang-orang yang tetap mendirikan shalat, ya Tuhan kami, perkenankan do'aku." (QS. 14:40)


Kebaikan

"Ya Tuhanku sesungguhnya aku sangat memerlukan sesuatu kebaikan yang Engkau turunkan kepadaku". (QS. 28:24)

Syukur:



"Ya Tuhanku, tunjukilah aku untuk mensyukuri nikmat Engkau yang telah Engkau berikan kepadaku da kepada ibu bapakku dan supaya aku dapat berbuat amal yang saleh yang Engkau ridhai; berilah kebaikan kepadaku dengan (memberi kebaikan) kepada anak cucuku.Sesungguhnya aku bertaubat kepada Engkau dan sesungguhnya aku termasuk orang-orang yang berserah diri". (QS. 46:15)

Terlepas dari godaan syaitan

"Ya Tuhanku aku berlindung kepada Engkau dari bisikan-bisikan syaitan. Dan aku berlindung (pula) kepada Engkau ya Tuhanku, dari kedatangan mereka kepadaku". (QS. 23:97-98)

Selalu disertai Allah


"Ya Tuhanku janganlah Engkau membiarkan aku hidup seorang diri dan Engkaulah Waris Yang Paling Baik. (QS. 21:89)

Fadhilat Quran

Nabi Muhammad s.a.w telah bersabda yang bermaksud:

"Barangsiapa hendak berdialog dengan Allah s.w.t. maka bacalah Al-Quran"


"Kau pergi dipagi hari lalu kau belajar satu ayat dari Kitab Allah s.w.t.(Al-Quran), sungguh hal itu lebih baik bagimu daripada kau lakukan solat seratus rakaat."

Aku memperingati diriku sendiri dan sesiapa yang membaca blog aku ini, supaya tidak lupa untuk membaca Al-Quran sekurang-sekurangnya dua puluh ayat sehari kerana jika kita istiqamah melakukannya, insyaAllah dalam masa setahun kita dapat khatam 30 juzu' Al-Quran.

Friday, September 09, 2005

Pengalaman Pertama..

Sebelum ini dah ada member yang cadangkan aku mencipta blog. Tapi aku rasa susah kot, sebab aku bukan ada masa sangat. Tapi hari ini kawan aku sorang nie.. suruh tengok blog dia. Aku berminat nak bagi komen, malangnya "not allow anonymous". Ya tak ya, aku registerlah dan cipta blog aku sendiri. Inilah blog aku. Best gakkkkk... dapat belajar perkara baru. Memang canggih dunia IT. Aku rasa aku boleh gunakan blog ini untuk praktik ilmu kaunseling yang aku miliki. Semoga ianya bermunafaat kepada aku dan mereka yang lain.